part one: salah selipar
Seorang bapa pergi dengan anaknya untuk berjalan-jalan menghirup udara segar , belum berapa jauh berjalan , si bapa baru sedar bahawa selipar yang dipakainya berlainan warna , yang kanan merah dan yang kiri berwarna biru .
Kerana malas untuk kembali ke rumah , ia menyuruh anaknya untuk pulang mengambilkan selipar yang betul , dan sementara itu dia menunggu dibawah pohon yang rendang .
Setelah berapa lama , si anak kembali dengan tangan kosong .
" Kenapa kamu tidak bawa seliparnya .....?!!" , kata bapa dengan susah hati ."
Sia-sia je pak .., selipar yang dirumah juga berlainan warna ..."
Kerana malas untuk kembali ke rumah , ia menyuruh anaknya untuk pulang mengambilkan selipar yang betul , dan sementara itu dia menunggu dibawah pohon yang rendang .
Setelah berapa lama , si anak kembali dengan tangan kosong .
" Kenapa kamu tidak bawa seliparnya .....?!!" , kata bapa dengan susah hati ."
Sia-sia je pak .., selipar yang dirumah juga berlainan warna ..."
komen ; jadilah bapa yg cerdik akal fikiran wahai kaum lelaki ye ? muahah :P
part two:baju bercorak sama
Ramli baru pulang dari pejabatnya ketika isterinya Shima meminta maaf kepadanya ..
Shima : Abang.. maaf ya , saya baru saja selesai sterika baju abang tetapi kerana terlalu panas .. lengannya hangus ...
Ramli : Tak apalah ... Shima masih ingatkan dalam almari , abang masih ada baju yang sama coraknya . Abang belum pernah memakainya kerana itu pemberian dari teman baik abang dari Australia dan abang sangat menyukainya .
Shima : Saya ingat bang .. nasib baik abang masih menyimpannya dan baju itulah yang saya gunting untuk menampal lengan baju yang hangus itu .
komen ; jadilah isteri yg tidak cuai dan lalai ketika membuat kerja wahai kaum perepuan ye ? hehe :P
part three: sosej & lembu
Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree , tapi selepas 15 tahun , tak pernah lulus , akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu , terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia .
Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah , bapaknya diam aje (marah la tue) .
Si anak dah rasa tak best , so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi . So dia cakap dgn bapak dia:
Anak: Bapak tau tak , kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler . Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu , buang kulit , masuk je lembu dalam machine , dah jadi sosej....
Bapak: Itu teknologi dah lapuk . Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu , masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor ... menyusahkan plak tue ...
komen ; muahaha, anak bodh gila babi mcm mane dpt p as? -,- bapak die sangap pula ;/
part four: salah tafsiran
Ada 26 orang gila , mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika . Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar . Ketika di udara , orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat . Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi ! Bising sangat nie ! Jangan main bola di dalam kapalterbang !!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut .
Akhirnya situasi menjadi tenang . Tapi lama-kelamaan , Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang . Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang . Ketika co-pilot datang , dia terkejut setengah mati ! Orang gilanya tinggal 4 orang !!! "Hei , kamu semua ! Kenapa tinggal 4 orang sahaja ? Yang lain ke mana ?
""Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang , jadi mereka main bola di luar lah .
""HAH ?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam ?
""Kan kami nie pemain simpanan...".
komen ; wahai semua manusia, lain kali dengar arahan dan fikir yg logik + positif lah sket. jgn bahlul
* ini semua bukan cerita lucu tapi bagi aku lawak bodoh kott, lalala -___-
No comments:
Post a Comment